Keenakan roti arab setanding roti biasa

Admin

 

ADUNAN tepung dicanai.
ADUNAN
tepung dicanai.

 

Oleh : YAP LEE YING

Gambar : IDZHAM AHMAD

TANPA kolesterol dan campuran telur, roti arab yang masih belum menyeluruh popularitinya di pasaran tempatan sesuai dijadikan sajian u tama keluarga yang mementingkan penjagaan kesihatan. Malah, ia juga menjadi pilihan untuk pengamal pemakanan hanya berasakan bahan sayur-sayuran dan buahbuahan, vegetarian .

Roti Arab yang telah siap dibakar.
Roti Arab yang
telah siap
dibakar.

Menariknya, perusahaan dijalankan di Kampung Sungai Acheh, Seberang Perai Selatan (SPS) tersebut diusahakan sepasang suami isteri yang dahulunya berkecimpung dalam dunia korporat. Pernah bertugas sebagai pengawai kanan sebuah syarikat multinasional, keputusan untuk berhenti bagi membantu isteri (Musalmah Yusop, 43) dalam bidang perniagaan roti arab tidak pernah mengecewakan Nor Zamri Latiff.

Dikurniakan enam cahaya mata, pembabitan pasangan tersebut dalam bidang perniagaan kini adalah bermula dengan minat membuat kek, biskut raya dan roti. Malah, ia juga banyak didorong oleh latar belakang keluarga Musalmah dalam bidang perniagaan termasuk jualan langsung, menjual kain, barangan makanan dan lain-lain.

MUSALMAH Yusop
MUSALMAH
Yusop

Menurut Musalmah , berbanding penjualan roti, kek dan kuih, beliau melihat tidak banyak persaingan dalam pembuatan roti arab. Kebetulan pada tempoh itu, beliau juga terserempak dengan seorang rakan lama yang sanggup berkongsi resipi roti arab dengannya.

“Modal untuk memulakan perniagaan ini (roti arab) adalah sebanyak RM12 ribu. Jumlah tu memang banyak dan pada masa tu, memang saya masih teragak-agak kerana takut gagal separuh jalan dan rugi semuanya.

“ Dalam kerunsingan memikirkan pasal tuh, suatu hari, saya mendapat hidayah supaya meneruskan juga bidang perniagaan ini. Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar,’’ katanya kepada Buletin Mutiara yang mengadakan lawatan ke Syarikat Sejati Ummah Enterprise milik bersama suaminya di sini baru-baru ini.

Musalmah memberitahu wang modal yang dilaburkan digunakan untuk membeli pembakar dan pengadun sebelum memperoleh bantuan daripada pihak Jabatan Pertanian yang kemudiannya menyumbang sebuah lagi mesin pembakar tambahan kepada beliau.

Bahan asas penyediaan roti arab adalah tepung, gula dan yis. Proses mencanai roti arab bagi Mulsamah dan para pekerjanya adalah bermula pada pukul 8 pagi dan berlanjutan sehingga empat jam. Roti yang telah siap dicanai kemudian dibiarkan selama empat jam sebelum dibakar selama dua jam. Satu jam lagi digunakan untuk proses pembungkusan.

Menyentuh mengenai pemasaran produk, Musalmah menyatakan bahawa penghantaran dilakukan sendiri oleh suaminya di kawasan berdekatan seperti Permatang Pauh, Seberang Perai Tengah (Pulau Pinang) dan Taiping, Perak. Bagi kawasan yang jauh, produk tersebut dipos mengikut permintaan semasa.

ADUN Sungai Bakap, Maktar Shapee (kanan sekali) bersama PPK Sungai Acheh, Mohd. Kamil Abu Bakar (tiga dari kiri) merasai keenakan roti arab keluaran Sejati Ummah Enterprise.
ADUN Sungai Bakap, Maktar Shapee (kanan sekali) bersama
PPK Sungai Acheh, Mohd. Kamil Abu Bakar (tiga dari kiri) merasai
keenakan roti arab keluaran Sejati Ummah Enterprise.

Tidak dinafikan, bagi Musalmah , pemasaran merupakan cabaran utama dihadapinya. Ini kerana, masyarakat belum ‘mengenali’ sepenuhnya kenikmatan roti arab yang sememangnya menyerupai roti biasa. Malah, baginya, rasa roti arab adalah lebih sedap berbanding roti biasa yang ada di pasaran.

“ Bagi menambah kenikmatan roti arab, adalah wajar ia dipanaskan di dalam kuali ataupun ketuhar bagi melembutkannya sebelum makan. Ia boleh dicicah dengan kuah kari, dal ataupun sambal,’’ jelas Musalmah yang turut menyatakan bahawa tempoh ketahanan roti arab keluarannya adalah selama lapan hari dan sebulan sekira ia disimpan dalam ruang sejuk beku peti ais.

Bagi perancangan masa depan, Musalmah berharap dapat meluaskan pasarannya ke seluruh negara. Pada masa sama, beliau juga ingin menceburi industri sejuk beku roti arab keluaran beliau bersama suami.

ADUN Sungai Bakap, Maktar Shapee (kanan sekali) bersama PPK Sungai Acheh, Mohd. Kamil Abu Bakar (tiga dari kiri) merasai keenakan roti arab keluaran Sejati Ummah Enterprise.
ADUN Sungai Bakap, Maktar Shapee (kanan sekali) bersama
PPK Sungai Acheh, Mohd. Kamil Abu Bakar (tiga dari kiri) merasai
keenakan roti arab keluaran Sejati Ummah Enterprise.