1,000 walkie talkie baru untuk PPS

Admin
PASUKAN PPS Pantai Bersih bersama sebuah bot yang diterima sempena Majlis Pelancaran Kegunaan Bot-bot Keselamatan PPS Pantai Bersih baru-baru ini di sini.
PASUKAN PPS Pantai Bersih bersama sebuah bot yang diterima
sempena Majlis Pelancaran Kegunaan Bot-bot Keselamatan PPS
Pantai Bersih baru-baru ini di sini.

BAGANSebagai jentera tambahan dalam menghadapi bencana dan demi keselamatan penduduk Pulau Pinang, sebanyak 1,000 walkie talkie tambahan (daripada 1,000 sedia ada) telah ditempah Kerajaan Negeri untuk pasukan tersebut di sini baru-baru ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, inisiatif tersebut merupakan satu permulaan untuk membantu PPS menjalankan tugas dengan lebih berkesan selepas ini.

“Kita (Kerajaan Negeri) mahu pastikan Pulau Pinang paling selamat di Malaysia dan ini hanya boleh dilakukan dan dicapai dengan bantuan pihak polis dan juga PPS,” ujarnya pada lawatan kerja sehari di kawasan Bagan baru-baru ini di sini.

Bersempena lawatan tersebut, Guan Eng telah melancarkan kegunaan bot-bot keselamatan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pantai Bersih bagi kepentingan serta keselamatan umum.

SEBAHAGIAN anggota PPS dan penduduk yang hadir bersempena lawatan kerja sehari Ketua Menteri di kawasan Bagan barubaru ini di sini.
SEBAHAGIAN anggota
PPS dan penduduk
yang hadir bersempena
lawatan kerja sehari
Ketua Menteri di
kawasan Bagan barubaru
ini di sini.