Kerajaan PR iktiraf sumbangan wanita

Admin

GEORGE TOWN – Buat julung kali, dalam tempoh tiga tahun di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR), seramai enam wanita telah dilantik bagi menerajui pucuk pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Sebaliknya, di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) dalam tempoh kira-kira 60 tahun, hanya dua wanita yang diiktiraf dan diberi kepercayaan menjawat jawatan-jawatan kanan Kerajaan Negeri.

Wanita-wanita unggul yang dimaksudkan adalah :

  • Penasihat Undang-undang Negeri, Dato’ Faiza Zulkifli

  • Yang diPertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Patahiyah Ismail

  • Yang diPertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Maimunah Sharif

  • Pengarah Urusan iNVESTPenang, Loo Lee Lian

  • Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan, Rohani Hassan

  • Pengarah Urusan Penang Global Tourism, Ooi Geok Ling

AR. Patahiyah Ismail.
AR. Patahiyah Ismail.
OOI Geok Ling.
OOI Geok Ling.

Umumnya, pelantikan ini membuktikan bahawa kerajaan PR bersikap adil kepada semua tanpa mengira bangsa, agama, keturunan, jantina dan fahaman politiknya. Pada masa sama, Pulau Pinang turut muncul sebagai negeri pertama yang melantik paling ramai wanita dalam menerajui tampuk kepimpinan negeri.