‘Kids Can Code’ beri pendedahan ilmu pengekodan, lahir pereka teknologi berbakat

GEORGE TOWN – Kelas percubaan di bawah Program Pembelajaran Digital atau E-Learning Program, ‘Kids Can Code’ mensasarkan pelajar berusia 7 hingga 15 tahun sebagai pendedahan awal pengekodan. Program kolaborasi antara Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) dan Telebort Technologies Sdn. Bhd. (Telebort) tersebut merupakan program secara tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah rendah dan menengah terpilih mengikut kategori umur.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim G u a n E n g y a n g h a d i r menyempurnakan kelas percubaan pertama baru-baru ini berkata, dalam era Revolusi Industri 4.0, p e n g e t a h u a n b e r a s a s k a n pengumpulan dan analisis data menerusi Analisis Data Besar (BDA), pengkomputeran awan (cloud computing), artificial intelligence (AI), robotik, Internet Benda (IoT) dan dagangan elektronik (e-commerce) adalah penting.

“Oleh itu, CMI melalui Perpustakaan Digital Pulau Pinang (PDL) dan Telebort tidak mahu ketinggalan dalam merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri bagi menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri bertaraf antarabangsa dan pintar.

“Lagipun, saya percaya dengan adanya kelas percubaan ini, Pulau Pinang mampu memberikan pendedahan awal kepada pelajar sekolah dan seterusnya melahirkan pereka teknologi berbakat,” ucapnya pada Majlis Pelancaran Program Pembelajaran Digital di PDL 27 Januari lalu.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy; Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo; Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, Dr. T. Jayabalan.

Setiausaha Bandaraya Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ir. Addnan Mohd. Razali; Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Ir. Rosnani Mahmud; Timbalan Pengurus Besar CMI, S. Bharathi; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Penang Science Cluster, Ooi Peng Ee dan CEO Penang STEM, Ang Lye Hin antara tetamu kehormat yang turut hadir pada majlis berkaitan.

Guan Eng dalam pada itu turut memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah mengambil keputusan untuk membina baru sebuah lagi bangunan bersebelahan PDL iaitu PDL2 bagi menampung kapasiti pengunjung yang semakin bertambah.

” Kerajaan Negeri akan membelanjakan RM11 juta bagi membangunkan PDL2 ini dan dijangka siap pada hujung tahun ini.

“Kedua-duanya akan menjadi perpustakaan digital pertama di Malaysia yang beroperasi 365 hari setahun, 24 jam sehari termasuk cuti umum,” katanya yang turut meninjau tapak cadangan pembangunan PDL2.

Difahamkan, kelas ‘Kids Can Code’ berkenaan dijalankan pada hari Sabtu minggu terakhir setiap bulan bermula 27 Januari lalu sehingga Disember 2018. Kuota bagi setiap kelas adalah 30 pelajar yang dibahagikan mengikut kategori umur iaitu Kelas A untuk pelajar berumur antara 7 hingga 12 tahun dan Kelas B (13 hingga 15 tahun).

Pelajar juga boleh melanjutkan pelajaran ke Program Teras iaitu ‘Foundation of Creative Computing’ yang mengambil masa empat bulan untuk melengkapkan 16 sesi dan yuran dikenakan setiap bulan.

Maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang www.telebort.com.