KM harap sepak takraw lahir ‘bintang’, wadah penyatu rakyat

JAWI – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berharap lebih banyak ‘bintang baru’ dalam sukan sepak takraw dilahirkan dari negeri ini, seperti tekong negara, Shahir Rosdi.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan pembukaan Gelanggang Berbumbung Sepak Takraw Kampung Bagan Buaya dekat Changkat, yang diadakan serentak dengan Pertandingan Sepak Takraw Piala Soon Lip Chee di sini baru-baru ini.

“Apabila kita memajukan satu-satu projek, kita (Kerajaan Negeri) nak lihat ia sebagai wadah penyatu semua penduduk.

“Di Pulau Pinang, suatu ketika dahulu terkenal dengan sukan bola sepak, tahun ini selepas lebih 10 tahun, akhirnya Pulau Pinang telah masuk ke Liga Super.

“Dan, saya berharap Kampung Bagan Buaya suatu hari nantipun akan terkenal dengan kejohanan sepak takraw,” katanya yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam pada majlis tersebut di sini baru-baru ini.

Menurut Guan Eng, lebih RM100,000 peruntukan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri, susulan permintaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Soon Lip Chee.

Guan Eng yang juga ADUN Air Putih memuji Lip Chee kerana berjaya menganjurkan kejohanan sepak takraw dengan penyertaan 47 pasukan, termasuk dari Perak, Sabah dan Sarawak.

“Kita (Kerajaan Negeri) tidak mahu menjadi kerajaan untuk 68 peratus undi popular yang kita dapat semasa pilihan raya umum lalu, kita mahu menjadi kerajaan untuk semua 100 peratus rakyat Pulau Pinang.

“YB Soon (Lip Chee) telah membuktikan kemampuan Kampung Bagan Buaya akan terkenal suatu hari nanti, dengan menganjurkan suatu kejohanan yang disertai sebanyak 47 pasukan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Sebelum itu, Lip Chee dalam ucapannya merakamkan penghargaan kerana pemimpin Kerajaan Negeri turut memberikan perhatian pada rancangan pembangunan di Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), khususnya Parlimen Nibong Tebal dan Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Jawi.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti merangkap ADUN Bagan Jermal, Lim Hock Seng dan Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jason H’ng Mooi Lye turut sertai majlis perasmian tersebut.

Shahir Rosdi adalah anak jati Air Itam, hantaran luar biasa tekong tersebut dikatakan antara faktor Malaysia berjaya menundukkan jaguh Thailand dengan agregat 2-0 hasil kemenangan 21-7 dan 21-9, dalam Kejohanan ISTAF Super Series di Melaka pada Februari tahun laluif (document.currentScript) {