KM mahu warisan tidak ketara negeri dilindungi

GEORGE TOWN – Warisan tidak ketara di Pulau Pinang perlu dilindungi dengan suatu undang-undang, sungguhpun Bandaraya George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO sehingga kini terus dihambat oleh pembangunan pelancongan serta arus kemodenan yang pelbagai.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam ucapannya berkata, langkah gentrifikasi atau proses penghunian semula kawasan perumahan dalam bandar disebabkan faktor pembangunan seharusnya turut memelihara kepentingan awam daripada segi budaya serta sosial penduduk asal di kawasan-kawasan berwajib tersebut.

“Walaupun pengiktirafan dan pendapatan global meningkat, terdapat juga risiko lain di Tapak Warisan Dunia UNESCO, dengan (mengadakan) undang-undang perlindungan terbaik (di kawasan warisan)

“Gentrifikasi wajar dipercepatkan (kerana) kebangkitan budaya sebagai komoditi serta kehilangan warisan tidak ketara adalah cabaran serius, yang mengancam untuk melemahkan nilai-nilai unggul di bandar raya (George Town),” ucapnya pada Majlis Perasmian Persidangan Pengharmonian Tindakan UNESCO Mengurangkan Risiko Bagi Warisan Budaya Asia dan Rantau Pasifik di sini baru-baru ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow dan Pengarah agensi persekutuan Think City, Ar. Laurence Loh turut berucap pada majlis tersebut.

Hadir sama, Pesuruhjaya Warisan di Jabatan Warisan Kebangsaan, Dr. Zainah Ibrahim, Giovanni Boccardi (Pengarah Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan BangsaBangsa Bersatu, UNESCO), Dr. Neil Khor (Ketua Pegawai Operasi Think City) dan Richard Engelhardt (tetamu khas persidangan).

Menurut Guan Eng, warisan tidak ketara di Pulau Pinang yang wajar dipertahankan antaranya termasuk cerita-cerita neratif mengenai keunikan budaya setempat serta pengaruh-pengaruh daripada era kolonialisme dahulu, bukan terbatas pada struktur fizikal bangunan-bangunan warisan di negeri ini sahaja.

Tambahnya, pewartaan George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO tanpa suatu perundangan khusus masih belum boleh menjamin langkah pemeliharaan warisan tidak ketara yang begitu unggul di negeri ini, khususnya di pusat bandar berkenaan.

Selain itu, Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam memberitahu, Pulau Pinang turut memerlukan peruntukan berwajib untuk menangani bencana alam, seperti banjir, namun mestilah tidak sampai pada merosakkan kawasankawasan yang mempunyai nilai warisan di negeri ini.

“Saya rasa projek tebatan banjir dan kesiapsiagaan adalah antara elemen yang paling penting.

“Kesediaan memberi tumpuan kepada menyediakan kelengkapan dan prosedur untuk digunakan apabila bencana berlaku,” jelasnya.

Justeru, beliau berharap Think City dapat terus saling bekerjasama dengan beberapa agensi negeri, seperti George Town World Heritage Incorporated (GTWHI), Penang Global Tourism (PGT) serta Penang Institute (PI) dalam membangunkan sektor warisan tidak ketara di negeri ini.