KN rai kecemerlangan pelajar & guru SJKT Ramakrishna

CEMERLANG… Empat pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ramakrishna, George Town di sini menerima sumbangan penghargaan daripada Kerajaan Negeri ekoran kejayaan meraih pingat emas pada Pertandingan Reka Cipta Inovatif Pelajar Antarabangsa Ke-3 yang berlangsung di Hong Kong pada 26 November lalu.

Mereka ialah K. Shalini Privyanka, V. Usha Chandrika, Caelyn Evelyn Thomas dan C. Vaisnavi yang masing-masing berusia 12 tahun.

Turut dihargai adalah guru penasihat, D. Syiamala dan P. Subahshini. Selain hadiah wang tunai, para pelajar berkaitan turut menerima sijil penghargaan daripada Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng ketika menyampaikan sumbangan berkaitan menyatakan bahawa kejayaan dicapai oleh SJKT tersebut membuktikan bahawa usaha Kerajaan Negeri dalam memperkasakan sekolah Tamil di negeri ini, kini membuahkan hasil memberangsangkan.

“Mereka bukan sahaja mengharumkan nama Pulau Pinang dan negara, malah telah mengangkat nama sekolah Tamil dengan menunjukkan prestasi cemerlang di peringkat antarabangsa,” ujar beliau.

Selain pingat emas, mereka turut memenangi enam anugerah khas lain antaranya, Hong Kong Special Award; Star Award for the Best International Invention by YPPI Indonesia; Leading Innovation Award by Macao; Highest Standard of Excellence Award by INNOPA , Indonesia; Special Award by MINDS, Malaysia dan Honor of Invention WIIPA by Taiwan melalui ciptaan alat untuk mengurangkan bunyi pengisar dikenali, ‘Noise Reducer’ yang dihasilkan menggunakan sisa-sisa pertanian seperti hampas tebu dan kelapa serta tangkai jagung.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);