KN senantiasa pastikan kebebasan beragama terjamin – KM

Admin

AIR ITAM – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menyerahkan sumbangan kewangan berjumlah RM3,000 kepada pentadbir Kuil Arulmigu Sri Ruthra Veeramuthu Mariamman Devasthanam di sini baru-baru ini.

Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam menyampaikan sumbangan itu semasa berlangsungnya perayaan meranduk api di kuil berkaitan.

Katanya, sumbangan tersebut disampaikan saban tahun, sejak 2009.

“Kerajaan Negeri senantiasa memastikan kebebasan beragama di negeri ini terjamin.

“Kita (Kerajaan Negeri) tidak akan membataskan mana-mana agama pun untuk mengadakan upacaranya sepertimana yang dijelaskan dan termaktub dalam hak kebebasan beragama,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih merangkap Ahli Parlimen Bagan pada majlis berkaitan.

Justeru, Guan Eng berharap sumbangan tersebut dapat dimanfaatkan untuk hal ehwal pengurusan kuil itu.

Beliau diringi Wong Hon Wai (ADUN Air Itam merangkap Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri) meluangkan masa meramahi pengunjung kuil itu, selepas selesai majlis penyerahan sumbangan tahunan berkenaan.

} else {