Komtar Scenic View dibuka!

Admin

Oleh : ZULIANA AZIZ

GEORGE TOWNDek pemandangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) Scenic View kini dibuka kepada umum. Bertempat di tingkat 60 menara Komtar, pengunjung bakal disajikan dengan panorama menakjubkan meliputi daerah rantau timur laut Pulau Pinang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan, Law Heng Kiang yang hadir bagi merasmikan Komtar Scenic View berkata, selain menikmati pemandangan menarik, pengunjung juga dapat menyaksikan pameran foto mengetengahkan lokasi-lokasi pelacongan dan sambutan perayaan berbilang kaum di negeri ini

“Pada masa sama, pengunjung juga boleh mendapatkan ole-ole dari kedai cenderamata yang menyajikan pelbagai aksesori hiasan dan makanan ringan tempatan,” ujar beliau sebelum berlangsungnya Majlis Perasmian Komtar Scenic View di sini baru-baru ini.

PEMANDANGAN sebahagian negeri Pulau Pinang yang dapat dilihat dari tingkat 60 Komtar Scenic View.
PEMANDANGAN sebahagian negeri Pulau Pinang yang
dapat dilihat dari tingkat 60 Komtar Scenic View.

 

Komtar Scenic View dibuka bermula jam 10 pagi hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat dan tiket bagi dewasa adalah berharga RM5 dan kanak-kanak (RM 3). Pembelian tiket boleh dibuat di kaunter penerangan tingkat bawah Komtar (berhadapan pintu masuk lif dan berdekatan Bank Maybank). Bagi warganegara Malaysia, harga tiket istimewa RM3 (dewasa) dan RM1 (kanak-kanak) dengan hanya perlu menunjukkan MyKad masing-masing.

Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, hubungi talian 016 – 411 0000 atau 04 – 650 5136.

SEBAHAGIAN pameran foto yang terdapat di ruang pameran Komtar Scenic View.
SEBAHAGIAN pameran foto yang terdapat di
ruang pameran Komtar Scenic View.