MPPP, 30 penduduk perangi denggi di Telok Kumbar

Admin

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

BAYAN LEPASHampir 30 penghuni Taman Perda Telok Kumbar, di sini, bergotong-royong membersihkan kawasan flat mereka bagi mencegah wabak denggi di samping merealisasikan kempen kesedaran “Bersih dan Hijau Pulau Pinang.

Program anjuran Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) itu turut disertai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Telok Kumbar dan badan bukan kerajaan (NGO) Go-Green.

Mereka giat membersihkan kawasan buang sampah sementara, takungan air, longkang-longkang serta kawasan persekitaran yang mampu membiak nyamuk Aedes.

Ahli MPPP, Mohd. Yusof Mohd. Noor berkata, kempen kesedaran adalah langkah terbaik untuk mengelak kes demam denggi, di sini, berulang.

“Gotong-royong sebegini sangat baik. Tetapi, yang lebih baik adalah menyedarkan setiap dari kita tentang bahaya wabak (denggi) ini,” ujarnya sambil merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat.

Beliau berkata, kesedaran akan mendorong rakyat untuk menjaga alam sekitar secara berterusan.

Turut berucap, Penasihat Go-Green Zolkifly Md. Lazim, Zailan Zainon (Pengerusi JKKK Telok Kumbar) dan Mohd. Saifullizan Razali (wakil pejabat Pegawai Penyelaras KADUN Bayan Lepas, Asnah Hashim).

PARA sukarelawan menunjukkan isyarat bagus selepas selesainya program got o n g - ro y o n g mencegah wabak denggi di Taman Perda Telok Kumbar di sini baru-baru ini.
PARA sukarelawan
menunjukkan
isyarat
bagus selepas
selesainya
program got
o n g – ro y o n g
mencegah wabak
denggi di
Taman Perda
Telok Kumbar di
sini baru-baru ini.