Roboh kuil: BN tak hormat kebebasan beragama

Admin
WAKIL penduduk dan Badan Bertindak Tuntut Bina Semula Kuil berusia 50 tahun di BCT dekat Kawasan Perindustrian Perai bersalaman dengan Ketua Menteri sambil diperhatikan P. Ramasamy pada majlis sidang akhbar di sini baru-baru ini.
WAKIL penduduk dan Badan Bertindak Tuntut Bina Semula Kuil berusia 50 tahun di BCT dekat Kawasan Perindustrian
Perai bersalaman dengan Ketua Menteri sambil diperhatikan P. Ramasamy pada majlis sidang akhbar di sini baru-baru
ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BUTTERWORTH KETUA Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mengulangi kecaman kepada Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) gara-gara kuil berusia hampir 50 tahun di Perai Bulk Cargo Terminal (BCT) dekat Kawasan Perindustrian Perai dirobohkan tanpa notis.

Antara langkah yang diorak ke arah itu adalah penganjuran Sambutan Ulangtahun Hampir 50 penduduk Hindu tempatan turut menyuarakan protes ke atas pihak berwajib, termasuk kepada Pengerusi PPC yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (Pengerusi PPSB merangkap Pengerusi Bahagian UMNO Balik Pulau).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B, Tuan Lim Guan Eng pada sidang media di sini menyatakan bahawa insiden tersebut menjadi petanda kepada penganut Hindu di negara ini bahawa mereka (Barisan Nasional) tidak akan menghormati kebebasan beragama sekiranya masih terus berkuasa (menjadi kerajaan pusat).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, pihak berwajib seharusnya menghormati kebebasan beragama.

“Sekurang-kurangnya beri notis pemberitahuan kepada mereka (penganut Hindu setempat sebelum merobohkan kuil),” tegas beliau.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof. Dr. P. Ramasamy turut menyuarakan kecaman kepada pihak berkenaan.

Jurucakap Badan Bertindak Tuntut Bina Semula Kuil berkenaan, M. Goviin dalam reaksi spontan berkata, pihaknya akan mengumpulkan tandatangan (referandum) penganut Hindu berwajib bagi membuktikan kuil itu telah wujud sejak hampir 50tahun lepas.

Difahamkan, kuil itu didirikan sebelum pembangunan komersial dibangunkan di sini.

BEKAS tapak kuil yang dirobohkan.
BEKAS tapak kuil yang dirobohkan.