Laluan jambatan hanya untuk kenderaan ringan – ADUN

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : ADUN JAWI

JAWI – Tindakan tegas akan diambil terhadap pemandu kereta yang ingkar arahan pemanduan di jambatan yang menghubungkan Teluk Ipil dan Tanjung Berembang di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Soon Lip Chee berkata, terdapat beberapa aduan diterima daripada penduduk setempat berhubung tindakan segelintir pemandu kereta yang menggunakan jambatan tersebut walaupun ia hanya dikhaskan untuk kegunaan kenderaan ringan.

“Jambatan berukuran 2.3 meter ini, merupakan laluan pintas bagi penduduk berulang-alik dari Teluk Ipil ke Tanjung Berembang, namun, ia hanya untuk kenderaan ringan sahaja.

“Jelas ada papan tanda larangan menyatakan ‘Kereta Dilarang Masuk’, tetapi masih ada pemandu yang degil dan tidak memikirkan soal keselamatan , gunakan juga jambatan ini,” katanya sejurus mengadakan tinjauan di sini baru-baru ini.

Turut sama, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Syed Zubir Syed Husin.

Tambah Lip Chee, sebelum ini, penghadang besi diletakkan di tengahtengah jambatan tersebut, namun, ia menyukarkan penunggang motosikal dan ditanggalkan sejak tahun lalu.

“Apabila penghadang ditanggalkan, ada pula kereta yang mengambil jalan mudah, lalu jambatan ini!

“Saya akan minta JKR kaji semula dan letak semula penghadang bagi menghalang kereta melaluinya,” tegasnya.

Pada masa sama, Lip Chee memberitahu bahawa pihaknya juga telah memaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memantau kenderaan yang melalui jambatan tersebut terutama pada waktu malam dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang ingkar.} else {