Lif usang lebih 20 tahun Fairy Height diganti

AIR ITAM – Demi keselesaan penghuni Pangsapuri Fairy Height, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon Wai mengambil inisiatif khas menggantikan lif usang berusia lebih 20 tahun di sini baru-baru ini.

Penggantian lif baharu tersebut menelan belanja sebanyak RM124,000 yang mana 80 peratus adalah hasil peruntukan Kerajaan Negeri melalui tabung Program Bantuan Perumahan Pulau Pinang (HAPPY!), manakala baki 20 peratus lagi adalah daripada penduduk pangsapuri berkenaan.

Justeru, Hon Wai berharap menerusi usaha yang mengambil masa kira-kira dua bulan tersebut bakal memudahkan dan memberi keselesaan kepada penghuni, khususnya warga emas.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Lif Baharu Pangsapuri Fairy Height di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi Perbadanan Pengurusan (MC) Pangsapuri Fairy Height, Tong Wye Keat.

document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);