Lulus TMP dulu jika pembangkang mahu hasil tebus guna laut biayai kos RTB negeri, respons Kon Yeow

GEORGE TOWN – Kerajaan Pusat digesa segera meluluskan projekprojek di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIP), yang membabitkan cadangan kerjakerja penambakan laut di bahagian selatan pulau.

Gesaan Kon Yeow itu, ketika beberapa ADUN Pembangkang Pulau Pinang mencadangkan Kerajaan Negeri membiayai sendiri projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB), dengan menggunakan hasil kerja-kerja penambakan laut di negeri ini.

“Luluskan dahulu TMP (PIP), kalau ada lebih (hasil tebus guna laut), kita pertimbangkan RM1 bilion hingga RM2 bilion untuk projek tebatan banjir.

“Pusat lulus dahulu TMP (PIP), baru kita bincang,” tegasnya ketika mencelah sesi penggulungan Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini.

Sebelum itu, Ketua Pembangkang merangkap ADUN Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid mempertikai hasrat Kerajaan Negeri berhubung kerja-kerja tebus guna tanah untuk merealisasikan projek PIP bernilai kira-kira RM46 bilion, tetapi pada masa sama enggan mencari sumber dana sendiri untuk membiayai semua projek RTB di negeri ini.

ADUN Pulau Betong, Datuk Panglima Sr. Mohamed Farid Saad turut mempertikaikan langkah Kerajaan Negeri yang terus-menerus menuntut Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan beberapa projek RTB sejumlah RM997 juta, sebagaimana terkandung dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);