Mangsa kebakaran dapat sumbangan peribadi ADUN

DATUK KERAMAT– Nasib mangsa kebakaran di Jalan P. Ramlee, Mariam Che Mat dan Hasan Sulaiman, masing-masing, 67, yang tinggal sehelai sepinggang memperoleh perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat di sini baru-baru ini.

ADUNnya, Jagdeep Singh Deo ketika ditemui berkata, bantuan kewangan berjumlah RM1,500 dari Kerajaan Negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telahpun disalurkan kepada mangsa sebelum ini.

“Selain itu, saya akan cuba memohon RM5,000 daripada Zakat Pulau Pinang (PUZ) dan Tabung Bencana Yang diPertua Negeri (TYT) bagi membantu meringankan beban mangsa,” ujarnya yang turut menyumbangkan sumbangan peribadi berjumlah keseluruhan RM10,000 kepada mangsa-mangsa bekaitan.

Dalam kejadian pada 29 Jun lalu, seramai 32 ahli bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak dan Bomba Sukarela dengan lima kenderaan terlibat dalam proses p e m a d a m a n api yang telah memusnahkan dua buah kediaman di sini.

Dalam pada itu, Mariam menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana membantunya mendapatkan satu unit rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Free School di sini selepas kejadian berkaitan.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada YB (Jagdeep) dan Kerajaan Negeri kerana membantu kami mendapatkan rumah sekaligus meringankan bebanan kami sekeluarga.

“Saya tinggal bersama-sama seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki, tetapi masa kejadian, kedua-dua mereka keluar bekerja dan saya sempat melarikan diri,” jelas beliau.

Sejurus itu, Mariam turut meluahkan kegusarannya apabila memikirkan masa depan mereka sekeluarga.

“Anak lelaki saya bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan 10 (Oktober) ini, habis semua persiapan perkahwinan termasuk hantaran dan kelengkapan pengantin hangus terbakar,” ujarnya sayu.

Bagi Hasan, beliau menyatakan bahawa keluarganya telah berpindah dari rumah (yang terlibat dalam kebakaran) tersebut sejak tahun lalu.

“Tetapi, saya masih menggunakan rumah tersebut untuk menyimpan barang-barang saya,” jelasnya.

Terdahulu, Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh turut mengunjungi mangsa dan menyampaikan sumbangan bencana pada hari kejadian.

} else {