Dodol Tepung Jawi meriahkan Aidilfitri Kg. Cherok To’Kun

RESEPI WARISAN… Bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri tahun ini, muda-mudi Kampung Cherok To’Kun bergotong-royong ‘menyiapkan’ sajian resepi turun-temurun, Dodol Tepung Jawi di perkarangan Galeri Pejuang di sini baru-baru ini.

Pemilik resepi berkaitan, Suhaimi Sahid, 35, berkata, beliau mempelajari cara memasak dodol tersebut daripada arwah emak beliau.

“Resepi ini merupakan peninggalan arwah nenek sebelum diturunkan (kepada saya) semasa saya membantu arwah emak menghasilkan dodol untuk dijual,” katanya kepada Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Dodol Tepung Jawi diperbuat daripada tepung jawi yang dimasak bersama gula melaka, malah santan yang digunakan juga dimasak sambil dikacau sehingga kental.

if (document.currentScript) {