Masalah lubang, lopak selesai

Admin
SEBAHAGIAN Jalan Besar Penaga yang telah diturap di sini baru-baru ini.
SEBAHAGIAN Jalan Besar Penaga yang telah diturap di sini baru-baru ini.

PANTAS… Hasil tindakan pantas Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Penaga, Rosidi Hussain, masalah jalan berlubang dan berlopak di kawasan sekitar Pekan Penaga dapat diselesaikan di sini baru-baru ini.

Menurut Rosidi, beliau menerima aduan tersebut pada awal bulan Mac dan pada minggu kedua bulan sama, kerja-kerja penurapan telah giat dilaksanakan Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) setelah ia diketengahkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Bersih dan Indah MPSP sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih atas tindakan pantas MPSP dalam menyelesaikan masalah dan aduan rakyat demi kesejahteraan bersama.