Pesakit diabetes dapat perhatian PPK Telok Air Tawar

Admin

TELOK AIR TAWAR – Bagi seorang pengidap kencing manis yang telah kehilangan kaki kirinya, Zaitol Zakariya, 52, tiada apa yang lebih menggembirakannya apabila menerima sumbangan kerusi roda dan keperluan dapur daripada Kerajaan Negeri di sini baru-baru ini.

Sumbangan tersebut telah disampaikan Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Telok Air Tawar, Salehin Mohamad.

Menurut suaminya, Abdul Latif Juman Shah, 59, isterinya mengidap diabetes (kencing manis) sehingga menyebabkan kaki kirinya terpaksa dipotong.

Memang sukar untuk dia (isteri) bergerak. Tapi alhamdulillah, sumbangan ni (kerusi roda) sedikit sebanyak mampu menyenangkan pergerakan beliau,” katanya kepada Buetin Mutiara di sini baru-baru ini.

Hadir sama pada majlis penyerahan itu adalah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Bagan Ajam, Ismail Jemani. 

ZAITOL Zakariya (duduk) bersyukur dengan kerusi roda dan sumbangan keperluan dapur yang diterimanya daripada Salehin Mohamad (kiri sekali) di sini baru-baru ini.
ZAITOL Zakariya (duduk) bersyukur dengan kerusi roda dan sumbangan keperluan dapur yang diterimanya daripada Salehin Mohamad (kiri sekali) di sini baru-baru ini.