KALI PERTAMA… Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2.0 dijalankan dengan lancar dengan menampilkan gabungan barisan Exco baru dan lama.
Majlis kemudian disusuli dengan jamuan makan tengah hari yang turut disertai Ahli-ahli Parlimen (MP) dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bersama-sama ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
Pada majlis ramah-mesra tersebut, Ketua Menteri memperkenalkan ADUN-ADUN dan MP-MP baru kepada Ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri bagi memantapkan pencapaian serta prestasi sedia ada negeri Pulau Pinang