Mitigasi Bukit Relau dipercepatkan, jangka siap Jun

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD

BATU UBAN – Kerja-kerja mitigasi untuk kestabilan struktur di atas Bukit Relau akan dipercepatkan dan dijangka siap pada bulan Jun ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow bagaimanapun berkata, aspek keselamatan akan tetap diutamakan dalam memulihara semula Bukit Relau dekat Batu Uban di sini.

“Antara projek mitigasi yang sedang berjalan ialah membina saliran longkang, menambahbaik kolam enapan sedia ada serta kolam baharu, membina longkang sementara, penanaman rumput di cerun bukit dan pelaksanaan kerja penstabilan cerun.

“Kerja-kerja mitigasi penstabilan struktur dijangka siap sekurangkurangnya pada Jun 2016 dengan menelan belanja hampir RM50 juta dari pemilik tanah General Accomplishment Sdn. Bhd.,” ujarnya pada sidang media di puncak bukit berkenaan di sini baru-baru ini.

Menjawab soalan pemberita, Kon Yeow memberitahu bahawa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) masih belum mempunyai rancangan pembangunan di atas bukit tersebut.

“Setakat ini, kita tiada apa-apa pelan pembangunan di sini. Namun jika ada, kita boleh pertimbangkan, lulus atau tidak itu bergantung kepada MBPP untuk menilai dari segenap aspek,” jelasnya.

Sebelum itu, Jurutera Geoteknik General Accomplishment Sdn. Bhd., Khoo Koon Tai memaklumkan kepada wartawan mengenai status terbaru projek mitigasi tersebut.

Menurut beliau, projek mitigasi terbabit adalah meliputi tanah di Lot 34 dan Lot 303 Changkat Bukit Gambir, Timur Laut.

Sehingga kini, katanya, kerja-kerja mitigasi berwajib telah mencapai status 60 peratus siap.

Walaupun terdapat beberapa NGO mempertikaikan tentang keadaan Bukit Relau, Koon Tai memberitahu, dalam situasi sekarang adalah penting bagi membiarkan kerja-kerja mitigasi mengukuhkan struktur dipercepatkan lagi, demi menjamin keselamatan semua pihak berwajib.

“Bahagian cerun bukit kini giat dilakukan penanaman rumput penggunakan teknologi ‘tikar fiber’ bagi mempercepatkan pertumbuhan, turut ditanam ialah sebilangan pokok di puncak bukit ini,” jelasnya.

Selain itu, Koon Tai turut mengulas mengenai pertikaian beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru-baru ini mengenai usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam memulihara semua Bukit Relau tersebut.

“Bahagian cerun bukit kini giat dilakukan penanaman rumput menggunakan teknologi ‘tikar fiber’ bagi mempercepatkan pertumbuhan. Turut ditanam ialah sebilangan pokok di puncak bukit ini.

Selain wartawan, lawatan kerja itu turut disertai oleh Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, Dr. T. Jayabalan, ADUN Komtar, Teh Lai Heng, ADUN Seri Delima, R.S.N Rayer, ADUN Air Itam, Wong Hon Wai, Ahli-ahli Majlis bagi MBPP dan Timbalan Pengarah Bahagian Kejuruteraan MBPP, Ir. .Rajendran.

Bukit Relau kerap menjadi topik panas di Pulau Pinang setelah kerja-kerja penggondolan berlaku bermula pertengahan 2013. Pada Julai 2013, pemilik turut diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar denda sebanyak RM30,000 akibat melakukan ‘kemusnahan’ di atas tanah berkeluasan 22.89 hektar tersebutif (document.currentScript) {