MP gesa sama-sama tolak cukai GST beban rakyat

Oleh: AHMAD ADIL MUHAMAD

PERAI – Ahli Parlimen Batu Kawan, P. Kasthuriraani menegaskan bahawa perayaan Ponggal kali ini merupakan sambutan kali terakhir sebelum pengimplementasian cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dijadualkan April ini.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan alu-aluan pada Pesta Ponggal 2015 Peringkat Kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (KADUN) Perai di Taman Inderawasih di sini baru-baru ini.

Menurut Kasthuriraani, walaupun barangan yang digunakan pada pesta Ponggal seperti gandum, susu dan gula tidak dikenakan GST secara terus, namun kenaikan harga barangan itu tetap tidak dapat dielakkan.

“GST yang perlu ditanggung oleh syarikat semasa proses pengilangan tetap memberi impak kepada rakyat kerana ia akan dikenakan dalam bentuk kenaikan harga barangan.

“Ia termasuklah GST yang dikenakan kepada keperluan pembungkusan, cetakan dan juga logistik yang perlu ditanggung oleh syarikat pengeluar,” tegas beliau pada majlis berkaitan di sini baru-baru ini.

Justeru, Kasthuriraani menggesa supaya rakyat dapat sama-sama menyokong usaha untuk menolak cukai yang membebankan rakyat itu.

“Beban kenaikan harga barang ini bukan sahaja dirasakan semasa perayaan Ponggal sahaja, malah perayaanperayaan utama lain di Malaysia akan turut terkesan,” tambahnya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai dan dua Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), P. David Marshel serta M. Satees.

Masakan Ponggal dimasak menggunakan peralatan semulajadi seperti periuk tanah liat, senduk kayu dan kayu api di bawah sinaran matahari sebagai tanda berterima kasih kepada alam semulajadi.} else {