MPPP bakal terima status Bandaraya

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

GEORGE TOWN – Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bakal bertukar status kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Perkara tersebut diumumkan Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow pada sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri dimaklumkan mengenai perihal tersebut melalui surat rasmi dari Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertarikh 10 Disember 2014.

“Kini, kita (Kerajaan Negeri) hanya menunggu perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan butiran lanjut akan dimaklumkan sejurus selepas mendapat perkenan kelak,” jelas Kon Yeow.

Tambah beliau, Kerajaan Negeri telah membangkitkan perkara berkenaan (penukaran status) pada 4 Mac 2014 semasa mesyuarat kebangsaan kerajaan tempatan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin.

Malah, kata Kon Yeow, sejak tahun 2010, Kerajaan Negeri telah mula melobi KPKT supaya menaiktaraf majlis perbandaran ke majlis bandaraya.

“Selepas menunggu empat tahun, permohonan kita (Kerajaan Negeri) mendapat reaksi positif dan dengan status baru tersebut, ia akan memberi lebih ‘kuasa’ dan bajet yang lebih besar terutamanya dalam pengurusan trafik serta penguatkuasaan,” ujar beliau.

Tahniah MBPP!d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);