MPPP ukur tanah implementasi projek jalan baru

Admin

Oleh: NORSHAHIDA YUSOFF

GEORGE TOWN Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) melalui Jawatankuasa Tetap Pengurusan Kewangan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM600,000 bagi menjalankan kerja pengukuran berhubung cadangan pembinaan jalan berkembar dari Jalan Tanjung Bungah ke Teluk Bahang di sini baru-baru ini.

MUHAMMAD Sabri Md. Osman
MUHAMMAD Sabri Md. Osman

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Lalu Lintas MPPP, Muhammad Sabri Md. Osman berkata, jalan tersebut merupakan alternatif kedua buat masyarakat setempat terutamanya dalam menghadapi sebarang kecemasan mahupun bencana.

“Walaupun pada dasarnya kerja pengukuran tanah ini akan mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan, tetapi ia akan menjadi alternatif berguna di masa akan datang.

Kerja-kerja tersebut bukan sahaja melibatkan penduduk setempat, malahan, tanahtanah yang terlibat perlu dikenalpasti milik Kerajaan Negeri ataupun sebaliknya terlebih dahulu,’’ ujarnya kepada wakil Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Tambah Muhammad Sabri, Bahagian Kejuruteraan MPPP kini sedang dalam rangka menga dakan perbincangan bagi melantik konsultan berkelayakan melalui tender terbuka yang akan diumumkan kemudian.

“Sekiranya kerja-kerja mengukur tanah tidak dijalankan dengan segera, berkemungkinan dua hingga tiga tahun akan datang harga tanah dinaikkan gara-gara proses pengambilalihan berkenaan,” jelas beliau.

Beliau memberitahu, semua harga tanah akan dibekukan sementara waktu sepanjang proses pengukuran tersebut dijalankan termasuk kawasan Batu Feringghi yang mempunyai nilai amat tinggi.