MPSP, PBT enam terbaik negara – YDP

SEBERANG JAYA – Pembangunan reka bentuk bandar Bukit Mertajam pada masa depan bakal menerima tajaan Japan International Cooperation Agency (JICA) dari Bandar Yokohama, selepas satu perjanjian persefahaman dimeterai bersama-sama Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada 20 Oktober lalu.

Yang di-Pertua MPSP, Dato’ Maimunah Mohd. Sharif dalam kenyataannya merakamkan penghargaan kerana mendapat sokongan daripada pihak University of Yokohama dekat Jepun dan Universiti Sains Malaysia (USM) di negeri ini. “Pengiktirafan terbaru ini turut disiarkan dalam akhbar tempatan di Jepun.

“Ini satu lagi pengiktirafan buat MPSP, sekaligus mengharumkan nama Pulau Pinang di peringkat antarabangsa,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis di Kompleks Ibu Pejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Setiausaha Perbandaran MPSP, Sr. Rozali Mohamud dan barisan Ahli Majlis MPSP.

Menurut Maimunah, beliau pada 7 hingga 11 September lalu sekali lagi dijemput oleh United Cities and Local Governments Asia Pacific (UCLG ASPAC) untuk menghadiri The 2nd Asean Mayor’s Forum di Makassar, Indonesia.

Selain itu, beliau memberitahu, empat projek inovasi yang dipertandingkan oleh MPSP, iaitu Kaunter Bergerak Multi Skill, Profesional Sniper Gadget (PSG), Sistem Pemantauan Pintar (SPP) dan Self Recycle Center (SMRC) turut meraih Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2015, yang dianjurkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan baru-baru ini.

“Daripada 19 PBT dari seluruh negara, MPSP tersenarai dalam enam yang terbaik oleh kementerian,” ujarnya.

Diperingkat Pulau Pinang pula , Maimunah menyatakan bahawa produk inovasi “Lori Kompaktor Berirama” turut dipilih sebagai Naib Johan dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Negeri.

Itu, tambah beliau, tidak termasuk kejayaan MPSP meraih tiga anugerah lain pada Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri di sini baru-baru ini.

} else {