P. Pinang mampu lonjak jadi mercu BPO terunggul negara – Rashid

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD

GEORGE TOWN – Pulau Pinang dijangka kekal sebagai salah satu daripada destinasi pelaburan utama terutama bagi pelabur asing dalam industri elektrik dan elektronik (E&E) dan industri berteknologi tinggi seperti tenaga solar, peralatan perubatan , aeroangkasa  serta penyumberan luar (SSO).

Timbalan Ketua Menteri I yang juga Exco Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa , Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon berkata, pendekatan tersebut disebabkan ekosistem industri Pulau Pinang yang kukuh di samping penyediaan perkhidmatan dan prasarana canggih serta moden.

Jelasnya, bagi tempoh dari 2008 sehingga 2013, Pulau Pinang menyumbang sehingga 13 peratus jumlah pelaburan langsung asing (FDI) negara dan ia dilihat sebagai perkembangan positif bagi sebuah negeri kedua terkecil di Malaysia.

“ Pada tahun lalu ( 2014 ) , sejumlah 169 projek pembuatan dan perkilangan diluluskan dengan jumlah pelaburan keseluruhan bernilai RM8.1 bilion, iaitu RM5.1 bilion dari FDI dan bakinya RM3.0 bilion dari pelaburan langsung domestik (DDI).

“Tahun ini juga, kita (Kerajaan Negeri) menjangka pertumbuhan positif sektor perkhidmatan yang menyumbang 48.6 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Pulau Pinang setelah diunjurkan sebanyak RM60.6 bilion.

“Walaupun sektor pembuatan dan perkilangan dijangka menyumbang 47 peratus berbanding 54 peratus pada 10 tahun lalu, sektor ini turut diimbangi dengan perkembangan perkhidmatan penyumberan luar (BPO) seperti kewangan serta rantaian bekalan,” ucapnya pada Majlis Perasmian Simposium Perniagaan Negeri Pulau Pinang 2015 anjuran MMK Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa dan Pembangunan Usahawan di sini baru-baru ini.

Turut berucap, Pengarah & Pengurus Besar Amphenol TCS (M) Sdn. Bhd., Lee Teong Li selaku pengerusi jawatankuasa penganjur.

Bertemakan ‘Prospek Industri Perniagaan’, simposium sehari tersebut turut menjemput tiga panel untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam sektor industri kecil dan sederhana, percukaian serta cabaran masa hadapan. Rashid memberitahu, dengan tumpuan untuk membangunkan BPO Prime dan Taman Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (PITP) bernilai RM11.4 bilion, beliau percaya Pulau Pinang mampu melonjak dan menjadi mercu BPO terunggul di Malaysia.

“Kita (Kerajaan Negeri) yakin bahawa kekuatan Pulau Pinang dalam sektor pembuatan dan perkilangan serta perkhidmatan mampu menjadikan Pulau Pinang pilihan nombor satu pelabur asing.

“Tambahan pula, pendekatan holistik yang digariskan dalam kerangka Paradigma Pulau Pinang, dijangka mengubah l andskap (negeri) ke arah negeri yang mapan dan progresif,” ujar beliau.d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);