P. Pinang negeri yang sanjung erti keadilan – KM

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : ALISSALA THIAN

PADANG KOTA – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menyifatkan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang menyanjung tinggi erti keadilan.

“Kita semua percaya kepada kebebasan dan keadilan, kita juga bebas suarakan pendapat yang bersih dan adil, malah, kita semua adalah ‘super hero’ (adiwira) kepada Pulau Pinang.

“Pada masa sama, rakyat (Pulau Pinang) juga patut berbangga kerana acara ini turut berlangsung di beberapa ibu negeri negara Asia sebelum ini dan kini Pulau Pinang menjadi lokasi penganjuran pertama bagi Malaysia,’’ ucapnya sebelum melepaskan kira-kira 3,200 peserta penganjuran acara larian Justice League Run Penang di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Penang Global Tourism (PGT), Ooi Chok Yan dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Dato’ Patahiyah Ismail.

Selain acara utama, pameran ‘Super Hero’ yang mempamerkan watak-watak adiwira popular seperti Batman, Superman, Wonderwoman, The Flash dan Green Lantern turut diadakan di salah sebuah pusat membeli-belah di sini.

Acara tersebut terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Larian Tiga Kilometer dan Kategori Larian Lapan Kilometer

} else {