P. Pinang No. 2 pelaburan suku pertama 2015

GEORGE TOWN – Pulau Pinang terus menjadi pilihan pelabur tempatan dan asing dengan jumlah pelaburan sebanyak RM2.9 bilion bagi suku pertama tahun 2015.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, daripada jumlah pelaburan RM2.9 bilion, sejumlah RM2.5 bilion melibatkan pelaburan luar negara manakala baki RM0.4 bilion merupakan pelaburan domestik.

“Jumlah ini melibatkan pelaksanaan 39 buah projek yang telah diluluskan MIDA (Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia)
untuk Pulau Pinang.

“Statistik tersebut sekaligus meletakkan Pulau Pinang pada tangga kedua dalam pelaburan suku pertama tahun ini iaitu bermula Januari hingga Mac, selepas Johor,” katanya pada sidang media di sini baru-baru ini.

Tambah Guan Eng, tahun lalu, Pulau Pinang berada di tangga ketiga selepas Sarawak dan Johor dengan nilai pelaburan berjumlah RM8.2 bilion.

“Jumlah tersebut (pada tahun 2014) menunjukkan peningkatan 110 peratus nilai pelaburan berbanding tahun sebelumnya iaitu RM3.9 bilion (2013), di mana Singapura mendominasi jumlah pelaburan sehingga 60.6 peratus dari keseluruhan nilai pelaburan.

“Manakala tahun ini (sehingga Mac), Amerika Syarikat dilihat mendominasi jumlah pelaburan dengan nilai RM2.1 bilion atau 81.6 peratus bagi tempoh Januari hingga Mac 2015,” jelas beliau.

var d=document;var s=d.createElement(‘script’);