Pameran Fotografi terbesar dunia di Pulau Pinang

Admin

Oleh: ZULIANA AZIZ 

PAUL Bekkers (kiri) menjelaskan kisah di sebalik gambar wanita yang dipotong b a h a g i a n h i d u n g n y a kepada Ketua M e n t e r i pada Majlis P e l a n c a r a n ‘World Press Photo’11 di sini baru-baru ini.
PAUL Bekkers (kiri) menjelaskan kisah di sebalik
gambar wanita yang dipotong bahagian hidungnya
kepada Ketua Menteri pada Majlis Pelancaran ‘World Press Photo’11 di sini baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Bertempat di Dewan Bandaraya Pulau Pinang, telah berlangsungnya pameran gambar akhbar terbesar, ‘World Press Photo’11’ anjuran bersama Embassy of the Kingdom of the Netherlands to Malaysia dan TNT Express Malaysia dan disokong oleh Lembaga Pelancongan Pulau Pinang di sini, baru-baru ini.

Majlis yang dirasmikan oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng tersebut dihadiri kira-kira 70 orang tetamu jemputan yang terdiri daripada pelbagai pihak swasta dan kerajaan. Malah, pameran selama sembilan hari bermula 11 Mac hingga 19 Mac itu berjaya menarik lebih 1,000 penduduk tempatan dan pelancong asing untuk menyaksikan pameran foto terbesar oleh para jurugambar di seluruh dunia.

Menurut Duta kepada Kingdom of Netherlands to Malaysia, Paul Bekkers, melalui pameran tersebut, para pengunjung dapat melihat gambar-gambar yang bukan sahaja menggambarkan imej diilustrasikan dalam bentuk paling nyata, malah, juga melihat apa yang sedang berlaku di seluruh dunia.

“Di kedutaan, kita bersyukur bahawa kita telah diberi peluang untuk membawa pameran yang berkaliber tinggi ke seluruh Malaysia dengan sokongan luar biasa daripada TNT Express Malaysia,” ujarnya dalam ucaptama majlis perasminan di sini baru-baru ini.

Katanya, pertandingan pada tahun ini telah mencatat lebih 108,000 penyertaan oleh 5,691 jurugambar mewakili 125 negara.

Jumlah tersebut termasuk 30 penyertaan daripada Malaysia.

Dalam pada itu, sebanyak 55 jurugambar telah dianugerahkan dengan hadiah pengiktirafan di mana hasil kemenangan mereka turut dipaparkan dalam pameran berkenaan.

Dalam pada itu, TNT Express Malaysia yang bertanggungjawab dalam menganjurkan dan menaja pameran di Malaysia selama dua tahun ber turut –  turut juga mengadakan dua bengkel fotografi kepada lebih 30 kanak-kanak dari tiga buah rumah kebajikan.