PDC anjur Kempen Derma Darah, harap lebih ramai penderma tampil – Bazid

Admin

PANTAI JEREJAK – Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) berharap lebih ramai individu tampil sebagai penderma darah agar bekalan darah sentiasa ada.

Pengurus Besar PDC, Mohd. Bazid Abd. Kahar berkata, menyedari amalan menderma darah kurang mendapat sambutan umum, PDC berhasrat menganjurkan Kempen Derma Darah 2019.

“Jadi, tahun ini kami di PDC berharap penganjuran kempen ini akan menggamit lebih ramai penderma bagi membantu mereka yang memerlukan darah ketika waktu kecemasan

“Kempen yang diadakan dalam dua siri ini juga adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) PDC sempena sambutan ulang tahun ke-50,” katanya pada sidang media dekat Bangunan Tun Dr. Lim Chong Eu pagi ini.

Kempen yang mendapat kerjasama Persatuan Bekas-bekas Pelajar Maktab Rendah Sains MARA (ANSARA), Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK), Hospital Besar Pulau Pinang, Hospital Seberang Jaya, PDC Setia Urus Sdn. Bhd. dan Mydin Bukit Mertajam akan diadakan di dua lokasi.

Berikut adalah butiran kempen:

Kempen Derma Darah PDC 2019 (Siri 1)

Tarikh / Hari         : 15 Jun 2019 (Sabtu)

Tempat                 : Tingkat Bawah, Mydin Mall Bukit Mertajam

Masa                     : 10:00 pagi – 5:00 petang

Kempen Derma Darah PDC 2019 (Siri 2)

Tarikh / Hari         : 18 dan 19 Jun 2019

Tempat                 : Ruang Konkos, Tingkat 3 Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR)

Masa                    : 10:00 pagi – 5:00 petang

Derma Darah – Selamatkan Nyawa.

 

Teks & Gambar: SITI HUMAIRA MOHAMED YASIN