Pelajar leukimia dapat perhatian ADUN

Admin

Oleh : MOHD. HAFIZ TAJUDIN

PERMATANG PASIR – Peka dengan nasib yang menimpa seorang pelajar pintar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir telah mengambil inisiatif mengadakan lawatan khas ke kediamannya di Taman Ara Indah di sini baru-baru ini.

Bersempena dengan itu, ADUN terbabit, Datuk Mohd. Salleh Man turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada pelajar, Nur Atirah Azmi, 19, yang bakal menjalani pembedahan sum-sum tulang ekoran penyakit leukimia peringkat pertengahan yang baru dikesan baru-baru ini.

Sebelum itu, ibu Nur Atirah, Tariah Abd. Jalil, 50, menyatakan bahawa anak beliau sebelum ini hanya mengalami demam biasa sebelum disahkan oleh doktor mengidap leukimia.

Kos pemnedahan Nur Atirah adalah sebanyak RM4,000,” jelasnya kepada Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Mohd. Salleh turut mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan kepada warga emas kurang upaya, T Hawa Ibrahim, 80, dan Aminah Salleh, 82, di sini. 

TARIAH Abd. Jalil (dua dari kanan) mengucup anaknya sambil diperhatikan Mohd. Salleh Man di kediamannya di Taman Ara Indah di sini baru-baru ini.
TARIAH Abd. Jalil (dua dari kanan) mengucup anaknya sambil diperhatikan Mohd. Salleh Man di kediamannya di Taman Ara Indah di sini baru-baru ini.