Pelajari teknik CPR & AED, selamatkan mangsa serangan jantung

Admin

PERTOLONGAN CEMAS… 4 minit pertama selepas serangan jantung adalah waktu kritikal bagi seseorang mangsa.

Ini kerana, dalam tempoh tersebut sekiranya pertolongan cemas, resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan penggunaan Automated External Defibrillator (AED) dimulakan secepat mungkin, ia mampu menyelamatkan otak mangsa daripada kekurangan oksigen serta selsel otak mulai mati.

Justeru, Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin menyeru lebih ramai rakyat Pulau Pinang supaya mempelajari teknik CPR dan cara menggunakan mesin AED bagi meningkatkan peluang mangsa serangan jantung untuk diselamatkan.

Katanya, inisiatif khas yang diambil adalah menempatkan mesin-mesin AED di 10 lokasi terpilih di seluruh negeri ini.

“Antaranya, Taman Botani, Taman Perbandaran, Persiaran Gurney, Persiaran Padang Kota Lama, Komtar, Terminal Bas Sungai Nibong dan Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP),” katanya pada Majlis Perasmian Mass CPR-AED di Tapak Pesta Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

Hadir merasmikan peluncuran majlis yang disertai hampir 2,000 peserta ialah Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);