Peluang pasaran baru & pelaburan

Admin
LIM Guan Eng (empat  dari kanan) menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Vincent Piket sambil diperhatikan oleh Mansor Othman (tiga dari kanan) dan Prof. Dr. P. Ramasamy (dua dari kiri) di pejabat beliau di sini baru-baru ini.
LIM Guan Eng (tiga dari kanan) menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Vincent Piket sambil diperhatikan oleh Mansor Othman (dua dari kanan) dan Prof. Dr. P. Ramasamy (dua dari kiri) di pejabat beliau di sini baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Duta Kesatuan Eropah (EU) yang juga Ketua Delegasi ke Malaysia, Vincent Piket, mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Ketua Menteri pada 10 Mac yang lalu. Kehadiran beliau dan para delegasi disambut oleh Ketua Menteri sendiri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dan diiringi oleh Timbalan beliau, Datuk Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri I dan Prof. P.Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II.

Lawatan EU tersebut dilihat sebagai satu inisiatif untuk merapatkan lagi hubungan dua hala antara EU dan Malaysia amnya. Selain itu, lawatan tersebut juga untuk merapatkan hubungan perdagangan dan persefahaman EU dengan rakan perdagangan di rantau Asia Tenggara, memandangkan Malaysia merupakan rakan perdagangan kedua terbesar EU selepas Singapura.

Satu perjanjian persefahaman (MoU) antara Malaysia dan EU, ‘Malaysia-European Union Free Trade Agreement’ (FTA) akan ditandatangani kelak bagi penyelarasan tariff perdagangan dan membuka ruang kepada perkhidmatan yang lebih baik antara Malaysia dan EU dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (World Trade Organization– WTO).

Perjanjian FTA tersebut akan memberi peluang kepada EU untuk memulakan pasaran baru di Pulau Pinang dan sekaligus menjadi rakan pelaburan Pulau Pinang pada masa depan.