Penang FC ‘langkah kanan’ aksi Piala Malaysia atasi Kuching City FC 1-0

Admin
085497a5 ad0b 4c13 a763 19e63eed7faf

GEORGE TOWN – Penang FC memulakan ‘langkah kanan’ saingan aksi timbal balik pertama pusingan pertama Piala Malaysia 2026 apabila menang tipis 1-0 ke atas Kuching City FC.

Gol kemenangan dijaringkan oleh pemain import yang baharu, Douglas Coutinho pada mini ke-40.

img 7625

Jurulatih Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail bagaimanapun enggan mendabik dada kerana sedar masih ada 90 minit aksi timbal balik kedua di Kuching pada 24 Januari nanti.

“Saya sedar kami masih ada lagi 90 minit halangan di Kuching, dalam tempoh tiga empat hari ini kami akan bersiap sedia untuk aksi kedua.

“Saya boleh katakan kami akan pergi dengan cara yang sama dengan cara menyerang, dengan cara pressing game.

“Kami tahu, kami sedar halangan yang bakal kami hadapi di Kuching nanti dan saya sendiri akan persiapkan pasukan saya untuk sebarang kemungkinan 90 minit pada 24 Januari nanti,” ujarnya kepada pemberita dalam satu sidang media sejurus tamat perlawanan di Stadium Bandaraya di sini sebentar tadi.

Ditanya mengenai aksi Coutinho yang baru tiba, Wan Rohaimi memuji aksi pemain import dari Brazil itu.

“Kepercayaan diberikan dan beliau sendiri buktikan, bagi saya, alhamdulillah, impak yang segera kita dapat daripada Coutinho dan saya harap dengan aksi pertama, jaringan gol pertama saya harap persembahan individu dia akan terus meningkat.

“Keyakinan diri juga akan terus meningkat untuk perlawanan seterusnya sambil membantu Penang FC kelak,” katanya lagi.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar: MUHAMAD IQBAL HAMDAN