Penduduk TAT diseru daftar Program Anak Emas

Admin

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI

TELOK AYER TAWAR – Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Telok Ayer Tawar, Salehin Mohamed menyeru supaya para pengundi berdaftar Dewan Undangan Negeri ini yang mempunyai anak dilahirkan pada tahun 2011 dan 2012 supaya tidak melepaskan peluang mendaftar di bawah Program  Anak Emas Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang.

Beliau memberitahu, bagi penyampaian sumbangan fasa ke-4 yang diadakan di Dewan Orang Ramai Pantai Robina di sini baru-baru ini, seramai 316 anak emas layak menerima RM200 di bawah program berkenaan.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Taman Wira, Halim Abdullah dan Pegawai Penerangan Kerajaan Negeri, Anuar Hashim.

Dalam pada itu, bagi seorang ibu, Fazidah Salleh, 37, dari Kepala Batas, beliau berterima kasih dan bersyukur atas pemberian RM200 melalui Program Anak Emas Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

“Saya harap sangat Kerajaan Negeri dapat meneruskan programprogram seperti ini.

“Alhamdulillah, sekurang kurangnya ia dapat meringankan kos sara hidup,” ujar Fazidah selepas menerima wang sumbangan di sini baru-baru ini.

Manakala bagi Ang Wei Seng, 30 dan Osman Abd. Latif, 35, mereka terharu atas keprihatinan Kerajaan Negeri yang bukan sahaja memahami masalah rakyat, tetapi turut membantu rakyat mendapatkan kehidupan yang lebih harmoni.