Penyerahan operasi feri, PPC harus tulis secara rasmi – KM

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menyatakan pendirian Kerajaan Negeri berhubung cadangan Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC), Tan Sri Dr. Chua Soi Lek atas kesediaan PPC untuk menyerahkan perkhidmatan feri kepada Kerajaan Negeri termasuk menyerap 236 pekerja dan krew feri mengikut terma perkhidmatan semasa.

“Sepatutnya, mereka harus menulis secara rasmi berhubung cadangan untuk mengambil alih perkhidmatan feri dan kita (Kerajaan Negeri) akan meneliti cadangan tersebut.

“Kita (Kerajaan Negeri) tidak akan membayar untuk kegagalan masa lalu PPC atau membiayai bil ‘salah urus’ pihak pengurusan PPC sebelum ini,” katanya pada satu sidang media di Jalan Raja Uda, Butterworth di sini baru-baru ini.

Menyentuh mengenai penyerapan pekerja dan krew feri, Guan Eng melahirkan kebimbangan dan menegaskan bahawa Kerajaan Negeri tidak mahu menanggung kos yang tinggi semata-mata untuk membayar faedah yang banyak kerana pemberhentian pekerja.

“Kita perlu meneliti cadangan tersebut dan meminta PPC untuk menulis secara rasmi kepada Kerajaan Negeri berhubung penyerahan operasi feri,” tegas beliau.

} else {