Perpustakaan Digital pertama Pulau Pinang, dibuka Ogos

GEORGE TOWN – Perpustakaan Digital Pulau Pinang pertama bernilai RM2.5 juta akan dibina oleh Kerajaan Negeri dengan kolaborasi daripada syarikat Keysight Technologies dan Eastern & Oriental Berhad (E&O) serta mendapat sokongan TIME.

Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, projek terbaru tersebut diilhamkan susulan kejayaan menubuhkan Penang Science Cafe di Wisma Yeap Chor Ee dekat George Town sebelum ini.

Jelasnya, bangunan PUSPANITA yang mempunyai nilai warisan dekat Penang Free School akan dijadikan lokasi Perpustakaan Digital Pulau Pinang.

“Ia (Perpustakaan Digital Pulau Pinang) tidak akan menjadi perpustakaan biasa yang sedia ada di Pulau Pinang.

“Tiada model (rujukan) kerana ia (Perpustakaan Digital Pulau Pinang) adalah batu asas di negeri ini.

“Lebih 3,000 e-book terpilih yang istimewa, e-majalah dan jurnal rujukan…pustakawan di sini pun adalah ‘pustakawan digital juga,” katanya pada majlis sidang media di sini baru-baru ini.

Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mokhtar Mohd. Jait, Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri (CMI), S. Bharathi turut sertai sidang media itu.

Hadir sama, Pengarah Kumpulan Strategi Korporat E&O, Lyn Chai dan Pengarah Perhubungan Korporat Keysight Technologies, Jenny Foo.

Guan Eng berkata, majlis pelancaran Perpustakaan Digital Pulau Pinang dijangka pada bulan Ogos ini.

Difahamkan, Kerajaan Negeri dan E&O masing-masing menyumbang RM1 juta. Manakala, Keysight Technologies menyumbang RM350,000 dan RM120,000 lagi disumbang oleh TIME.d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);