Pertandingan gitar pikat peserta luar negeri

Admin

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

TANJONG BUNGA – Nicholas Tham, 15, dari Selangor dan Lai Ze Ren, 20, (Kuala Lumpur) mengungguli pertandingan Penang Fingerstyle Guitar Competition 2014 yang diadakan di Dewan Balai Rakyat Tanjong Bunga dekat sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian sejurus selepas Nicholas berjaya mengetepikan lima peserta lain bagi Kategori 2 (bawah 16 tahun) dan membawa pulang gitar akustik Sierra Alpine SDS35CEN berserta aksesori.

Ze Ren yang mengalahkan enam peserta lain dalam Kategori 1 (16 tahun ke atas dan 23 tahun ke bawah) membawa pulang gitar akustik Faith FKV Venus Concert Cutaway / Electro berserta aksesori.

Sebelum itu, setiap peserta dikehendaki mendendangkan dua buah lagu menggunakan gitar akustik secara fingerstyle (gaya dan komposisi muzik).

Pertandingan tersebut diadili tiga hakim iaitu penulis bebas, Carolyn Khor, gitaris dari Klang Andy Ngew dan gitaris dari Pulau Pinang, Leon Thum.

Pertandingan yang julung kali dianjurkan tersebut turut mendapat kerjasama daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Bunga, Teh Yee Cheu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Sungai Emas dan beberapa pertubuhan muzik tempatan seperti Spectrum Music, LBS Music World, GuitarMalaysia.net serta Nova Prodigy Music.

Dalam pada itu, Yee Cheu ketika ditemui sejurus selepas pengumuman pemenang berkata, beliau amat teruja dan tidak menyangka pertandingan tersebut mendapat sambutan luar biasa.

“Kita lihat pada hari ni, bukan sahaja dari Pulau Pinang, tetapi ada peserta dari Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan juga Sabah menyertai pertandingan ini.

“Ia (penganjuran) merupakan satu aktiviti yang sihat khususnya para belia untuk menjadikan minat bermain gitar sebagai satu hobi atau kerjaya profesional suatu hari nanti,” katanya.