Pertandingan tawar hadiah RM8,000 dilanjut

PULAU TIKUS – Tarikh tutup penyertaan Pertandingan Mencipta Logo dan Tema Pulau Tikus dilanjutkan sehingga 28 Mac ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Pulau Tikus , Yap Soo Huey berkata , pertandingan tersebut mendapat sambutan positif dan atas permintaan ramai , tarikh tutup penyertaan telah dilanjutkan sebulan lagi.

“Tarikh tutup dilanjutkan bagi memberi lebih masa kepada umum menghantar penyertaan terutama pelajar yang mempunyai idea segar dan kreativiti yang tinggi,” katanya dalam sidang media di sini baru-baru ini.

Jelas Soo Huey, pertandingan berkaitan diadakan bagi mempromosi dan memberi identiti untuk Pulau Tikus, selain membuka peluang kepada orang awam menyumbang peranan masing-masing demi kelestarian Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit.

“Oleh demikian, saya ingin menyeru lebih banyak penyertaan terutamanya dalam kalangan pelajar dan penggiat seni untuk sama-sama menjayakan pertandingan yang julung kali diadakan ini,” ujar beliau.

Pertandingan Mencipta Logo dan Tema Pulau Tikus manawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM8,000 membabitkan dua kategori iaitu Kategori Terbuka dan Kategori Pelajar.

Pertandingan dianjurkan secara bersama Pusat Khidmat Kawasan Dewan Undangan Negeri Pulau Tikus dan Ken Ray Communications Sdn. Bhd. serta Kolej Equator itu akan diadili tujuh panel profesional termasuk Dato’ Richard Jong (Pengarah East Design Architect), Alfred Yeoh (Pemilik Galeri, Kurator dan Artis Galeri a2) dan Joe Sidek (Pengarah Festival George Town).

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang mypulautikus.org atau hubungi talian talian 04 – 261 5116 atau 04 – 262 5117.