Warga emas Bagan Jermal dirai

DIKONGSI… Kira-kira 300 warga emas sekitar Bagan Jermal diraikan dengan sumbangan bahan – bahan makanan asas dan ang pow sebagai persediaan menyambut Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negerinya (ADUN), Lim Hock Seng berkata , bantuan seumpama itu bukan pertama kali diadakan di kawasan ini.

“Setiap tahun, mana-mana individu yang layak akan diberikan bantuan bagi meringankan beban terutamanya menjelang musim perayaan.

“Ia bukan hanya diberikan sempena sambutan Tahun Baru Cina , sebaliknya , setiap perayaan utama di negara ini seperti Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan di sini baru-baru ini.if (document.currentScript) {