Perumahan Awam MBPP Jln. Sg. Dua dinaiktaraf, cat semula

PANTAI JEREJAK – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP ) membelanjakan lebih RM148,000 bagi tujuan penaiktarafan Perumahan Awam MBPP Jalan Sungai Dua (belakang tapak Pesta Pulau Pinang) di sini.

Mantan Ahli Majlis MBPP, S. Sukumar berkata, kerja-kerja pengecatan semula membabitkan dua blok bangunan dijangka siap pada April 2016.

“Selain itu, antara kerja-kerja lain (penaiktarafan) yang bakal dijalankan adalah menaiktaraf parkir motosikal, sistem perpaipan, menggantikan tong sampah dan penyusunan semula lokasi letak kereta.

“Projek ini adalah bagi memastikan kehidupan masyarakat di sini akan menjadi lebih selesa,’’ ucapnya sebelum menyempurnakan gimik pelancaran kerja-kerja mengecat semula blok bangunan Perumahan Awam MBPP Jalan Sungai Dua di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Majlis MBPP, A . Kumaresan dan Pengerusi Jawatankuasa Penduduk, Salahudeen Sultan.

Mengulas lanjut, Sukumar turut memuji penduduk di sini yang mengambil inisiatif menubuhkan jawatankuasa penduduk pada Julai tahun lalu bagi memudahkan urusan seharian berkaitan.

Sementara itu, memeriahkan majlis berkaitan adalah penganjuran majlis khatan membabitkan 13 kanak-kanak oleh jawatankuasa penduduk berkaitan.

if (document.currentScript) {