PKS nadi pembangunan negeri, negara – Kon Yeow

Admin

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang senantiasa menyokong usaha memperkasa pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negeri ini.

Mengulas lanjut, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata bahawa pihaknya menganggap PKS sebagai nadi pembangunan negeri dan negara.

“Dalam perniagaan baik secara besar-besaran mahupun kecil-kecilan memang ada cabaran.

“Dalam sektor ekonomi, baik industri besar ataupun peniaga kecil dan SME (perusahaan kecil dan sederhana) adalah nadi pembangunan negeri dan negara.

“Kehadiran saya adalah untuk menunjukkan sokongan pada usaha-usaha di peringkat akar umbi untuk memajukan pengetahuan serta kesedaran tentang peluang-peluang perniagaan bagaimana seorang penjawat (makan gaji) dapat beralih ke dunia perniagaan,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Tanjong.

Beliau berkata demikian dalam sidang media, selepas merasmikan acara Business Start-Up Expo, anjuran Persatuan Kebajikan dan Kebudayaan Kaum India di sini pada 28 September 2019 dekat tingkat 3 Pasar Raya Prangin.

Presiden Presiden Persatuan Kebajikan dan Kebudayaan Kaum India, Dr. K. Paramasivam; Timbalan Presiden, R. Rajashegaran dan Pengerusi Dr. K. Gunalan turut sertai ekspo perniagaan tersebut.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ALVIE CHENG
Video : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS