Program Ziarah Asnaf bersama pembayar zakat korporat

ALHAMDULILLAH baru-baru ini Zakat Pulau Pinang telah berjaya menganjurkan Program Ziarah Asnaf Bersama Pembayar Zakat Korporat.

Dalam program ini para peserta yang mewakili syarikat masing- masing telah dibawa melihat sendiri projekprojek agihan yang telah berjaya diusahakan oleh Zakat Pulau Pinang (ZPP) untuk membantu golongan asnaf di Pulau Pinang.

Dalam program ini mereka telah dibawa melawat ke beberapa projek agihan zakat seperti Pusat Haemodialisis Zakat (PHZ), Kedai Serbaneka ZakatMart, Rumah bantuan ZPP, Gerak Asnaf Jahitan dan juga Rumah Transit Saudara Kita.

Semoga dengan adanya projek-projek agihan yang telah direncanakan untuk asnaf diharapkan agar para pembayar zakat akan terus menunaikan zakat mereka melalui ZPP dan kami akan sentiasa beristiqomah supaya agihan zakat akan terus sampai kepada mereka yang benar-benar layak.

Zakat ditunai asnaf terbela. Firman Allah swt dalam surah at Taubah ayat 60 bermaksud:

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orangorang fakir dan orang-orang miskin dan amilamil dan muallaf yang dijinakkan hati-hati mereka dan hamba-hamba yang hendak memerdekakan dan orang-orang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada jalan Allah dan pada orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan.”

} else {