PSDC diperkasakan lagi sebagai ‘pengeluar’ tenaga berkemahiran

KERAJAAN Negeri komited untuk memperkasakan bidangSains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) demi generasi masa hadapan yang lebih berdaya saing.

 

Menurut Timbalan Ketua Menteri II, Prof Dr. P. Ramasamy, perkara itu adalah penting dalam memastikan Pulau Pinang terus menjadi tumpuan bagi para pelabur sama ada tempatanmahupun antarabangsa.

 

“Pada asasnya, Kerajaan Negeri amat menitikberatkan STEM dalam menyemai minat para pelajar sejak di bangku sekolahrendah.

 

Sebelum ini, kita juga berkolaborasi bersama-sama pihaksekolah dengan mengadakan pameran berkaitan STEM, cumatahun ini tidak dapat diteruskan kerana pandemik COVID-19 yang melanda negara.

 

“STEM amat penting dan seperti diketahui umum PulauPinang memang agak ke hadapan dalam memenuhi kehendakindustri serta pelabur berbanding negeri-neger lain,” ujarnyadalam satu temu bual bersama-sama Buletin Mutiara baru-baru ini.

 

Tambah Ramasamy, keyakinan pelabur terhadap sesebuahnegeri turut mengambil kira faktor tenaga kerja berdasarkankemahiran serta kepakaran dalam bidang berkaitan.

 

Kebiasaannya pelabur lebih berminat dengan lokasi yang mampu menyediakan tenaga kerja berkepakaran, jadi kitaperlu penuhi kehendak ekosistem ini dengan menyediakanplatform terbaik untuk menyemai minat STEM demi masa depan lebih baik.

 

Ditanya mengenai penstrukturan semula portfolio Exco Kerajaan Negeri, menurut beliau, perubahan tersebut tidakterlalu drastik kerana apa yang lebih penting adalah barisankepimpinan dapat bekerja dalam satu pasukan.

 

Portfolio baharu bagi Ramasamy dijenamakan sebagai, Pembangunan Modal Insan, Pendidikan dan Sains & Teknologi.

 

Mengulas mengenai Pembanguan Modal Insan, beliaumenyatakan bahawa sehingga kini, Pulau Pinang memiliki 30 peratus tenaga kerja dalam bidang kemahiran.

 

Bagi memperkasakan kemahiran di negeri ini, Ramasamy berpendapat bahawa peranan Penang Skills Development Centre (PSDC) perlu diperkasakan lagi.

 

Peranan PSDC sebagaipengeluartenaga berkemahiranperlu dibantu dengan lebih baik, kita boleh lihat misalnyabidang mekatronik yang berkembang pesat dalam ekosistemindustri.

 

Ini merupakan pelan jangka panjang untuk membangunkanPulau Pinang sebagai negeri pintar serta hijau berteraskankeluarga dan inspirasi negara selaras dengan VisiPenang2030,” jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai itu.

 

Dalam tempoh pemulihan ekonomi kini, Ramasamy memberitahu bahawa tugasan beliau kini juga berkait untukmemantau kadar pengangguran di Pulau Pinang.

 

“Kerajaan Negeri sendiri telah mewujudkan CAT Centre yang menyediakan perkhidmatan pemadanan kerja antara majikandan pekerja.

 

Walau bagaimanapun, saya difahamkan bahawa kadarpengangguran di Pulau Pinang masih rendah iaitu lebih tigaperatus jika dibandingkan dengan peringkat Persekutuan pada kadar lima peratus,” ulasnya.

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD