Memperkasa program keusahawanan seni kreatif

Admin

INDUSTRI pelancongan merupakan antara sektor palingteruk terkesan terutamanya daripada segi ekonomi akibatpenularan COVID-19.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Yeoh Soon Hinberkata bahawa penutupan pintu sempadan antarabangsa sejakMac lalu dilihat memburukkan keadaan industri pelancongannegeri.

Bukan sahaja Pulau Pinang bahkan sektor pelancongan di negeri-negeri lain juga mengalami kesan yang sama.

Namun sebagai Kerajaan Negeri, kita berusaha menampilkanpelbagai inisiatif bagi memperkasakan semula ekonomikhususnya dalam sektor pelancongan.

 Antaranya, kita mulakan kempen Experience Penang 2020yang diubah kepada Jom Experience Penang denganmenyuntik elemen tempatan pada slogan terbabit bagimenggalakkan industri pelancongan berkembang dalamnegara,” ujar beliau dalam satu temu bual bersama-samaBuletin Mutiara baru-baru ini.

Dalam memperkasakan sektor pelancongan, kata Soon Hin, Kerajaan Negeri turut bekerjasama dengan persatuan-persatuan serta agensi pelancongan di negeri ini bagimengembangkan lagi industri pelancongan domestik.

Menerusi kerjasama ini, adalah diharapkan industripelancongan Pulau Pinang mampu menarik lebih ramaikehadiran pelancong ke negeri ini.

“Antara agensi yang bekerjasama dengan Kerajaan Negeri termasuk Expedia, Booking.Com, Persatuan Ejen-EjenPelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Persatuan Pelancongan Cina Malaysia (MTCA) serta agensi-agensi lain,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Terubong.

Mengulas mengenai portfolio Ekonomi Kreatif yang barudibentuk baru-baru ini, Soon Hin memberitahu bahawaKerajaan Negeri kini dalam perancangan untuk melancarkanprogram keusahawanan seni kreatif.

Jelas beliau, program tersebut bertujuan memberi bimbingankepada penggiat-penggiat seni kreatif di negeri ini untukmenceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

Ini kerana, sebilangan daripada penggiat seni itu memangmahir dalam bidang diceburi tetapi dalam aspekkeusahawanan mereka adalah agak ketinggalan.

Jadi, kita mahu golongan ini mampu menjana lebihpendapatan dengan melibatkan diri dalam bidangkeusahawanan.

Sebenarnya, Ekonomi Kreatif ini telah lama dimulakan di Eropah pada tahun 90-an sebelum berkembang kepadakebudayaan dan seterusnya menjadi ekonomi kreatif hasildaripada kreativiti manusia sendiri,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Soon Hin meberitahu bahawa melalui sektorekonomi kreatif, aspek kebudayaan, seni serta warisan bolehdiletakkan di bawah satu bumbung dan menjadi hab ekonomi.

Tambah beliau, melalui Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), badan terbabit turut menyeru agar pemuliharaan warisan, seniserta budaya sesebuah masyarakat dimanfaatkan melaluipenggunaan teknologi terkini.

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI