Pulau Pinang hasilkan potensi besar dalam sektor perikanan walaupun negeri kecil – Tze Tzin

SIM Tze Tzin (empat dari kiri) memperkatakan sesuatu ketika mengadakan lawatan ke sangkat ikan dekat Pulau Jerejak baru-baru ini.

BATU UBAN – Pulau Pinang menyumbang sebanyak RM1.6 bilion daripada RM3 bilion jumlah keseluruhan hasil akuakultur (perikanan) negara, ujar Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin.

Tze Tzin berkata, prospek perikanan di negeri ini wajar diperluaskan lagi dalam menjamin pendapatan lumayan membabitkan sektor tersebut.

Ini merupakan satu success story dan Pulau Pinang mempunyai potensi yang banyak dan besar…. Pulau Pinang ini negeri kecil tetapi berjaya hasilkan potensi besar dalam sektor perikanan di Malaysia

Ini adalah satu kekayaan dan treasure baharu bagi negeri (Pulau Pinang) sebenarnya… kita kena lihat isu ini sesuatu yang ke hadapan.

Bagi menggalakkan lagi industri ini saya juga berharap Kerajaan Negeri dapat meluluskan beberapa kawasan sementara (TOL) untuk menjalankan industri ikan sangkar.

Di sektor nelayan, gembira juga saya sarankan agar ditubuhkan koperasi-koperasi bagi menggalakkan perkembangan industri ikan sangkar… tambahan pula usia nelayan semakin meningkat jadi saya bimbang di masa depan sektor ini kekurangan tenaga kerja,” ujar beliau ketika berucap semasa sesi lawatan ke perusahaan sangkar ikan di sekitar Pulau Jerejak baru-baru ini.

Hadir sama, Exco Perdagangan Antarabangsa & Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Usahawan, Dato’ Abdul Halim Hussain merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Pengarah Jabatan Perikanan Pulau Pinang, Nor Aisyah Abu Bakar dan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) Pulau Pinang, Raja Khalid Raja Ariffin.

Pada lawatan tersebut, turut berlangsung sesi dialog berkaitan nelayan pantai, pencerobohon bot-bot besar menggunakan pukat terlarang, isu bekalan air, bekalan elektrik ke sangkar ikan dan isu-isu perikanan berkaitan.

Tze Tzin yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru dalam pada itu turut mengemukakan cadangan agar industri sangkar ikan ini diperluaskan dengan menggabungan sektor pelancongan.

Kita boleh datangkan pakej iaitu menyediakan penginapan, bersantai sambil memancing dan menyediakan masakan segar ikan yang ditangkap kepada pengunjung,” ujarnya.

Teks dan Gambar: WATAWA NATAF ZULKIFLI