Pusat Aktiviti Sungai Pinang dirasmi

Admin

BINA SEMULA… Bagi membolehkan penduduk setempat menjalankan aktiviti riadah dalam keadaan selesa dan selamat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Koid Teng Guan mengambil inisiatif khas membina semula Pusat Aktiviti Sungai Pinang di sini baru-baru ini.

Sebelum ini, pusat tersebut telah beroperasi sebagai lokasi riadah dan aktiviti setempat . Walau bagaimanapun, ekoran keadaannya yang usang dan tidak terurus, menyebabkan ia ‘terbiar’ begitu sahaja.

Menerusi inisiatif khas tersebut, Pusat Aktiviti Sungai Pinang yang terletak berhampiran Tokong Tian Ling Gong kini menyediakan ruangan untuk aktiviti dan kelas nyanyian, tarian, komputer dan pusat tuisyen setempat.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng telah menyempurnakan majlis perasmiannya bersempena Program Mesra Rakyat Parlimen Jelutong di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow; Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng; Exco Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan, Law Heng Kiang; Exco Perancang Bandar & Desa, Perumahan dan Kesenian, Wong Hon Wai dan ADUN Datok Keramat, Jagdeep Singh Deo.

PASUKAN Peronda Sukarela (PPS) Sungai Pinang bergambar kenang-kenangan dengan Ketua Menteri dan pucuk pimpinan selepas selesainya Majlis Perasmian Pusat Aktiviti Sungai Pinang.
PASUKAN Peronda Sukarela (PPS) bergambar kenang-kenangan dengan Ketua
Menteri dan pucuk pimpinan selepas selesainya Majlis Perasmian Pusat Aktiviti Sungai Pinang.