RALAT PENGARANG :

Adalah dengan  segala hormatnya merujuk kepada artikel  bertajuk, ‘Pusat mesti punyai semangat Malaysia – KM’ yang disiarkan di muka surat 8, edisi 1 – 15 September 2014.

Tarikh sebenar kejadian isu kekeruhan air paip adalah berlaku pada 9 Ogos lalu jam 9.30 malam dan berlarutan sehingga 10 Ogos (keesokannya), 10 pagi.

Sidang pengarang  dalam pada itu amat mengesali kesilapan tarikh 2 Ogos lalu dan 3 Ogos yang dinyatakan dalam artikel terbitan berkaitan.

Segala kesilapan  adalah amat dikesali. Sekian, terima kasih.