Resepsi perkahwinan anak MP Permatang Pauh meriah

Admin

MERIAH… Kira-kira 3,000  hadirin daripada pelbagai latar belakang hadir memenuhi jemputan perkahwinan anak perempuan kepada pasangan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail di Galeri Pejuang, Cherok To’kun, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah (SPT) di sini baru-baru ini.

Majlis resepsi bertemakan warna biru muda itu turut menyaksikan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng hadir bagi bersama merai dan mengucapkan tahniah kepada puteri pasangan tersebut.

Turut hadir, barisan Exco Kerajaan Negeri serta ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Nurul Iman Anwar, anak kelima daripada enam adik-beradik itu mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Mohammed Feirdhauz dan selamat diijab kabulkan pada 16 Mei lalu.